DHAKA: Bangladesh mengumumkan pengharaman Jamaat-e-Islami, sayap pelajarnya dan badan bersekutu lain, melabelkan parti itu sebagai pertubuhan ‘militan dan pengganas’, sebagai sebahagian daripada tindakan keras di seluruh negara berikutan keganasan berminggu-minggu yang menyebabkan lebih 200 orang terbunuh dan beribu-ribu tercedera.
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dan sekutu politiknya menyalahkan Jamaat-e-Islami, parti sayap pelajar Islami Chhatra Shibir dan badan bersekutunya yang lain atas dakwaan menghasut keganasan ketika protes pelajar baru-baru ini berhubung sistem kuota untuk pekerjaan di sektor kerajaan.
Dalam pekeliling rasmi yang disaksikan sendiri oleh agensi berita AP, Kementerian Dalam Negeri Bangladesh berkata pada hari ini, Khamis (1 Julai) bahawa larangan itu dikenakan di bawah undang-undang anti-keganasan.
Sejak 15 Julai 2024, sekurang-kurangnya 211 orang telah terkorban dan lebih 10,000 orang telah ditangkap di seluruh negara susulan protes besar-besaran yang kemudian bertukar ganas itu. – Agensi/– HARAKAHDAILY 1/8/2024