Israel di barisan hadapan menentang kemaraan Islam

- Advertisement -

PERKARA ini merupakan kenyataan terbuka Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam ucapannya di persidangan Kongres Amerika Syarikat bersama Senat dan Dewan Perwakilan. Dalam ucapannya itu, dia menegaskan bahawa negara Israel berada di barisan hadapan menghadapi kemaraan semua parti berjenama Islam dan kumpulannya yang berjuang mengembalikan semula kuasa Islam yang berdaulat.

Apabila Perdana Menteri Israel diberikan tempat dalam persidangan tersebut, ia menunjukkan betapa kuat dan mendalamnya pengaruh Zionis Yahudi dalam semua kerajaan blok Barat. Bermula dengan kuasa paling besar sehinggalah negara di bawah naungan Barat di seluruh dunia, termasuk kalangan negara-negara Islam dan Arab, walaupun sudah diisytiharkan kemerdekaannya.

Walau siapa pun yang memimpin atau parti mana pun yang memerintah Amerika Syarikat dan sekutunya, sama sahaja keadaannya, laksana dua sisi yang berbeza pada sekeping duit syiling yang sama. Mereka akan tetap berada di bawah pengaruh Zionis.

- Advertisement -

Adapun negara Islam dan kumpulan Islam yang ditampal jenama sekular atau liberal dan yang sama sepertinya mendapat tauliah kebebasan, apabila tidak memberi tempat kepada pelaksanaan Islam yang sempurna. Hal ini demikian kerana, pelaksanaan Islam dianggap ancaman kepada Zionis dan semua ideologi ciptaannya.

Israel dianggap sebuah negara paling bertamadun (madani) dan demokratik. Semua pihak yang berwajah Islam daripada semua mazhab dilabel pengganas yang wajib diganyang habis-habisan, walaupun ada kalangan mereka itu memilih demokrasi dan pendekatan damai. Itu juga yang berlaku di negara Islam yang dianggap sebagai madani, tetapi menuduh kumpulan Islam sebagai pengganas dan pelampau hanya kerana mahu melaksanakan Islam yang sempurna.

Kini, berlaku pertempuran antara yang berjenama tamadun (madani) dalam menghadapi keganasan yang dijenamakan kepada Islam. Kumpulan Hamas yang memenangi pilihan raya umum di Palestin hanya boleh menubuhkan kerajaan di wilayah Gaza yang kecil, kemudiannya diserang dan dikepung dengan mengguna pakai segala jenis jenayah perang. Hanya kerana Islam menjadi dasar dan matlamat perjuangannya, maka tidak akan diizinkan berkuasa dan dianggap tidak bertamadun atau madani.

Iran yang mengadakan pilihan raya umum dianggap tidak sah kerana sifat anti-Israel dan anti-Zionis yang menjadi pendiriannya atau kerana Islam yang dianutinya walaupun bermazhab Syiah.

Adapun kumpulan Taliban yang berjaya menghalau pencerobohnya keluar dari Afghanistan pula, tidak diiktiraf sebagai negara merdeka kerana tidak mahu berpayung di bawah kuasa penjajah tersebut dan dituduh sebuah kumpulan ekstrem kerana mengamalkan mazhab Hanafi.  

Sebenarnya, negara bernama Israel ditubuhkan di bumi Palestin oleh Pertubuhan Zionis Antarabangsa, berjaya mempengaruhi negara-negara penjajah dan naungannya bagi melaksanakan cita-cita menegakkan sebuah negara besar. Mereka bercita-cita ingin menjadikannya seperti negara Nabi Sulaiman AS daripada kalangan Bani Isra’il kerana  kepercayaan sesat mereka menunggu kelahiran al-Masih daripada bangsa Yahudi pada akhir zaman. Akan tetapi, sebenarnya Nabi Sulaiman AS menegakkan negara Islam berpandukan kitab Allah, bukannya seperti negara Yahudi yang telah disesatkan.

Al-Masih yang dinantikan itu ialah yang ditakrifkan oleh Islam dengan Dajjal (pembohong besar) yang menyesatkan. Kehadirannya akan menjadi tanda kiamat yang menghancurkan dunia dengan kesesatannya.

Adapun dasar dan konsepnya dibuktikan oleh prinsip kebendaan dan tindakan ganas yang dilakukan oleh rejim Israel kini, yang dikelaskan sebagai jenayah perang. Dasar itu membolehkan mereka berperang dengan melakukan keganasan paling melampau melalui kempen yang menggunakan harta kebendaan bagi menarik simpati dunia dengan penipuan dan pembohongan, sehingga berjaya menjadikan wajah kejahatan dianggap kebaikan, kezaliman dianggap keadilan. Firman Allah SWT:

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ٢٠٥ وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِۚ فَحَسۡبُهُۥ جَهَنَّمُۖ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ٢٠٦    
“Dan antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa-apa yang ada dalam hatinya, padahal dia merupakan orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). (204) Kemudian, apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (205) Dan apabila dikatakan kepadanya, ‘Bertaqwalah engkau kepada Allah,’ timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu, padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahannam, dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. (206)” [Surah al-Baqarah: 204-206]

Mereka menggunakan kekerasan dan kebendaan sebagai senjata untuk menguasai dunia. Inilah yang dilaksanakan oleh gerakan Zionis dengan mencipta senjata pemusnah yang lebih ganas daripada binatang buas di rimba dan memiliki harta sehingga menguasai Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Seterusnya, menguasai media sehingga mempengaruhi politik dan ekonomi negara dengan penguasaan yang merosakkan dan menyesatkan.

Sebenarnya, mereka itulah kumpulan yang paling dimurkai Allah sebagaimana yang disebut dalam setiap rakaat solat oleh umat Islam melalui firman-Nya:

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ٧
“Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni‘mat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” [Surah al-Fatihah: 6-7]

Mereka yang dimurkai itu ditafsirkan oleh firman Allah yang mendedahkan kejahatan mereka:

وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ٦١
“…Lalu ditimpakan ke atas mereka kenistaan dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 61]

Allah menyenaraikan bahawa mereka dan kumpulan bersamanya yang paling bermusuh terhadap umat Islam, berbeza dengan bukan Islam yang lain. Ini berpandukan firman Allah SWT:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ٨٢
“Sesungguhnya, engkau (wahai Muhammad) akan mendapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik. Dan sesungguhnya, engkau akan mendapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, ‘Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani.’ Demikian itu, disebabkan ada antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.” [Surah al-Ma’idah: 82]

Kumpulan Islam yang berjaya bertapak di mana-mana sahaja menunjukkan bukti keadilan dan kebaikan Islam, khususnya perbandingan antara dua pihak yang bertempur di Palestin. Jelas bahawa pihak Islam nyata tidak melampau walaupun dalam pertempuran, serta menunjukkan layanan berperikemanusiaan terhadap tawanan perang tentera Yahudi berbanding keganasan melampau tentera Zionis yang paling tidak berperikemanusiaan yang didedahkan oleh media yang bebas umpama langit terbuka tanpa sempadan. Keadaan ini memungkinkan masyarakat antarabangsa yang berakal berfikir dengan matang berpandukan petunjuk Allah mengikut fitrahnya.

Kita sedang menyaksikan betapa berbeza sikap bukan Islam kini terhadap tindakan keganasan Zionis Israel yang berusaha mengelirukan masyarakat antarabangsa. Akan tetapi, masih ada kalangan yang mendukungnya dan menyokong kejahatan serta kesesatannya kerana akal mereka terkunci dengan nafsu dan kesesatan.

Namun begitu, ada yang mula menyedari wajahnya yang sebenar, sehingga berlakunya undi belah bahagi terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menghukum Israel.

Malangnya, masih ada lagi yang terpengaruh dengan Dajjal, termasuklah negara Islam dan Arab. Buktinya, ada yang masih melakukan normalisasi hubungan dengan Zionis, bahkan ada yang mengadakan muamalat dengan meneruskan hubungan dagang, tetapi ada juga yang membatalkannya, termasuk negara di Amerika Latin yang bukan Islam. Malah, ada yang memutuskan semua hubungan dengan negara Zionis.

Sebenarnya, kemunculan semula kumpulan Islam mengambil alih perjuangan menentang Zionis amatlah menakutkan Israel. Mereka masih mengingati sejarah Perang Ahzab yang berakhir dengan kaum Yahudi yang dilaknat Allah itu dihalau dari Madinah kerana menolak kelahiran rasul akhir zaman yang dinanti-nantikan oleh mereka.

Disebabkan fanatik perkauman Yahudi, mereka menentang Islam habis-habisan walaupun mengetahui kebenarannya yang didedahkan oleh al-Quran melalui firman Allah SWT:

وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ لَمَآ ءَاتَيۡتُكُم مِّن كِتَٰبٖ وَحِكۡمَةٖ ثُمَّ جَآءَكُمۡ رَسُولٞ مُّصَدِّقٞ لِّمَا مَعَكُمۡ لَتُؤۡمِنُنَّ بِهِۦ وَلَتَنصُرُنَّهُۥۚ قَالَ ءَأَقۡرَرۡتُمۡ وَأَخَذۡتُمۡ عَلَىٰ ذَٰلِكُمۡ إِصۡرِيۖ قَالُوٓاْ أَقۡرَرۡنَاۚ قَالَ فَٱشۡهَدُواْ وَأَنَا۠ مَعَكُم مِّنَ ٱلشَّـٰهِدِينَ٨١
“Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian daripada para nabi, ‘Sungguh, apa sahaja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya.’ Allah berfirman, ‘Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?’ Mereka menjawab, ‘Kami mengakui.’ Allah berfirman, ‘Jika begitu, saksikanlah (wahai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu.’” [Surah Ali ‘Imran: 81]

Sehinggakan, mereka menubuhkan bala tentera bersekutu yang dinamakan Ahzab, namun mereka berjaya dikalahkan oleh tentera Islam yang kecil jumlahnya. Kini, penubuhannya dikitar semula dengan bentuk yang lebih besar dan lebih ganas.

Allah menyebutkan betapa semangat Islam telah berjaya mengalahkan mereka yang lebih besar jumlahnya berlipat kali ganda daripada jumlah umat Islam. Firman Allah SWT:

وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا٢٣ لِّيَجۡزِيَ ٱللَّهُ ٱلصَّٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوۡ يَتُوبَ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا٢٤
“Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Ahzab, berkatalah mereka, ‘Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah (apa-apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya.’ Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberikan sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (22) Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan mereka kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka, antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antara mereka ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa-apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun. (23) Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan menyeksa orang munafiq jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (24)” [Surah al-Ahzab: 22-24]

Demikianlah Allah menguji manusia sepanjang zaman dan memberi mereka peluang melakukan muhasabah sebelum tamatnya alam dunia. Firman Allah SWT:

تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ١ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ٢
“Maha Suci Allah yang dalam tangan-Nya (genggaman kekuasaan-Nya) sahaja berada segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (1) (Dialah Tuhan) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (2)” [Surah al-Mulk: 1-2]

Sesungguhnya, al-Quran adalah mukjizat ilmu yang berkekalan. Langkah Perdana Menteri Israel tersebut adalah mengulangi sejarah yang menamatkan riwayat kaum Zionis yang paling dimurkai Allah. Sekali gus membelahbahagikan masyarakat manusia kepada yang beriman, munafiq dan kafir, yang dipisahkan kepada kafir yang berdamai (kafir zimmi) dan kafir yang bermusuh terhadap Islam (kafir harbi). Firman Allah SWT:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ٩
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8-9]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
25 Muharram 1446 / 31 Julai 2024 – HARAKAHDAILY 31/7/2024

- Advertisement -