Umno bimbang kehadiran DAP jejas peluang di Nenggiri

Mohamad Kamal Mohamed
- Advertisement -

GUA MUSANG: Umno Gua Musang dilihat begitu bimbang kedatangan DAP di Nenggiri boleh menyebabkan parti itu kehilangan sokongan pengundi Melayu.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata, halangan kedatangan parti komponen yang membentuk kerajaan campuran pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas memperlihatkan Umno tidak yakin dalam misi merampas DUN Nenggiri.

Bagaimanapun PAS tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya DAP tetap datang ke Nenggiri pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

“PAS bersedia menghadapi pertembungan itu biarpun ada pihak mencadangkan salah satu parti tidak datang berkempen.

“Umno tidak mempunyai hak untuk menghalang sebarang kempen khususnya DAP untuk membantu kemenangan calon yang bertanding pada PRK itu,” katanya pada Ceramah Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda PN di pekarangan Pusat Khidmat Dun Nenggiri di Renok malam tadi.

Media sebelum ini Pengarah PRK Umno Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah meminta pemimpin DAP tidak datang berkempen dengan sebab 100 peratus pengundi adalah Melayu.

Mantan Ahli Parlimen Gua Musang itu turut mendakwa pendirian parti berbaur rasis hanya merugikan gabungan tersebut dari meraih sokongan orang Melayu pada PRK Nenggiri.

Malah Kelab Veteran Umno secara terbuka menggesa pemimpin DAP mengelak daripada menyertai kempen PRK DUN Nenggiri. – HARAKAHDAILY 27/7/2024