Exco erat hubungan bersama Pejabat Agama Daerah

- Advertisement -

PENDANG: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat dalam rangka lawatannya ke Pejabat Agama Daerah-daerah ketika ini.

- Advertisement -

Lawatan tersebut berobjektif mengukuhkan ukhuwah dan kerjasama bersama para pegawai, selain berkongsi pandangan dalam pelbagai perkara berkaitan pengurusan.

Justeru kata , beliau telahpun turun mengadakan lawatan kebeberapa Pejabat Agama Daerah sebelum ini,

Selepas lawatan ke Pejabat Daerah Yan, Kulim dan Kota Kuala Muda, terbaharu beliau mengadakan lawatan ke Pejabat Agama Daerah Pendang, di sini semalam.

“Banyak juga perbezaan antara setiap daerah yang saya lawati antaranya perbezaan komposisi masyarakat yang ada. Pendang ini juga terkenal dengan ramainya masyarakat Siam, walaupun hanya lima peratus tetapi yang sudah pasti mempengaruhi kehidupan masyarakat berbagai kaum,” katanya.

Pada lawatan itu juga, beliau diberi taklimat berkenaan pengurusan masjid, kelas KAFA, program pendidikan dan kebajikan muallaf, peruntukan P16 menambahbaik masjid dan surau yang disediakan pihak kerajaan dan lain-lain.

ADUN Sungai Limau itu turut berkongsi, satu perkara yang agak berbeza di Pendang berbanding Pejabat Agama Daerah telah dilawatinya, beliau mendapati kakitangan lelaki lebih ramai daripada wanita.

Situasi itu baginya satu kelebihan kerana antara tugas para pegawai Pejabat Agama Daerah adalah menjalankan tugasan penguatkuasaan di luar.

Namun kata Azam, sebarang isu yang dibincang dan diketengahkan di Pejabat Agama Daerah yang dilawati akan dibawa ke peringkat negeri untuk perbincangan lanjut. – HARAKAHDAILY 24/7/2024

- Advertisement -