Rawat air laut beri manfaat 3,300 pengguna

- Advertisement -

BACHOK: Projek sistem rawatan air laut kepada air bersih (seawater desalination system) di muara Sungai Pengkalan Datu Kampung Pantai Senok berjaya menampung keperluan kira-kira 3,300 pengguna.

- Advertisement -

Teknologi tersebut berupaya penghasilan air bersih terawat berkapasiti 500,000 liter sehari (500m3/hari).

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, projek itu akan dikembang kepada pembotolan air mineral dan produk sampingan lain.

Katanya langkah tersebut untuk memastikan sumber bekalan air bersih dapat dibekalkan secara berterusan kepada penduduk setempat.

“Projek terbabit beroperasi pada 3 Februari 2018 memproses air masin dan mendapat kerjasama beberapa pihak,” katanya ketika meninjau projek terbabit di Pantai Senok, semalam. (Foto atas)

Projek terbabit mendapat kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pusat Khidmat DUN Tawang, Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok, TNB, Air Kelantan Sdn Bhd dan MTM Sdn Bhd.

Dr Mohamed Fadzli berkata, projek terbabit dibiayai sepenuhnya Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia melalui Skim Geran Penyelidikan Translasional (TR@M).

Tambahnya juga projek berkenaan dikaji dan dilaksanakan pakar teknologi serta penyelidik tempatan untuk menghasilkan air bersih daripada air laut.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya UTM dan UMT di atas usaha gigih menjayakan program tersebut,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/7/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!