Isu promosi arak: Pemimpin Islam perlu berprinsip

Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) dan Nadzir Helmi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemimpin Islam perlu berprinsip untuk tidak dilihat seolah-olah reda dengan perkara berkaitan arak dan mempromosikan minuman keras, walaupun ia dibolehkan kepada orang bukan Islam.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Rasullullah SAW telah memperingatkan bahawa apa sahaja yang bersabit dengan arak adalah haram. 

“Demi keharmonian negara, masyarakat bukan Islam juga perlu lebih cakna dengan sensitiviti umat Islam. 

- Advertisement -

“Saya hairan apakah tujuan menjemput orang Islam terlibat dalam program yang berkaitan dengan arak?” katanya.

“Seharusnya ia bersifat tertutup dan melibatkan orang bukan Islam sahaja.

“Kita sedang berhadapan dengan normalisasi arak dalam negara. Apalah nasib anak cucu kita jika musibah ini terus dinormalisasikan? Nauzubillah!” tegasnya yang juga Ahli Parlimen (MP) Kubang Kerian

Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk tindakan seorang Timbalan Menteri yang dijemput hadir ke sebuah ajlis amal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, selepas gambar memaparkan kehadiran sebuah syarikat minuman keras sebagai salah satu penyumbang semasa Konsert Amal Pendidikan tular di media sosial dengan replika cek sumbangan syarikat arak itu sebanyak RM3,175,034.88.

Isu babitkan Sabri Mamat

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Nadzir Helmi pula menyifatkan laporan polis terhadap seorang aktivis masyarakat, Sabri Mamat atas tegurannya mengenai kehadiran Timbalan Menteri tersebut adalah sebagai ‘sebuah kesombongan yang begitu tebal’. 

“Kesalahan (sebenar) yang perlu diletakkan adalah kepada pegawai MP (ahli Parlimen) berkenaan yang mungkin tidak menyemak kandungan dan tentatif majlis yang ditaja oleh kilang arak. 

“Itu yang patut menjadi persoalan utama jika nak membersihkan nama MP ini yang sangat tercemar, memandangkan MP ini berpakaian Muslimah ketika hadir ke majlis berkenaan,” tegas beliau di laman media sosialnya.

Menurut Nadzir, tiada istilah fitnah kerana ternyata ia sangat mencemar kesucian seorang Muslimah yang hadir dan kebetulan kedudukan lambang jenama arak ini betul-betul berada berdekatan dengan MP ini. 

“Elok dah minta maaf atas kekhilafan ini, tapi nak menyusahkan penjawat awam (dengan laporan polis) ternyata satu perbuatan yang sombong,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/7/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -