Cabaran besar bangunkan semula pendidikan di Gaza

Anak Palestin menerima sumbngan berupa makanan yang diedarkan i-Relief.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Bukan sahaja pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim zionis Israel, malah turut memusnahkan institusi pendidikan atau scholasticide umat Islam di Palestin, khususnya di Gaza.

- Advertisement -

Sejak konflik Israel di Gaza pada Oktober tahun lepas, impak kepada institusi pendidikan dan warganya antaranya hampir lumpuh apabila mengakibatkan 80 peratus sekolah telah musnah akibat dibom oleh tentera rejim zionis.

Pengarah i-Relief and Humanitarian Outreach, Johan Ariff Ismail berkata, serangan Israel itu juga mengakibatkan 12 universiti musnah dibom, lebih 9,200 pelajar terbunuh, lebih 15,000 pelajar tercedera.

Tambahnya, Isrel juga turut membunuh 700 orang guru serta 95 orang pensyarah.

Katanya, kemusnahan institut pendidikan dan kematian ahli akademik serta pelajar sekolah dijangka akan meningkat, malah ia juga mencipta cabaran sangat besar untuk dibangunkan semula.

“Walau bagaimanapun, ketika menyantuni keluarga para pelajar yang syahid, pihak I-Reach Malaysia tetap meningkatkan bantuan salah satunya hasil sumbangan orang ramai buat mereka,” katanya di sini hari ini.

Johan turut memberitahu, pihaknya juga sedang berusaha untuk mengedarkan sarapan berupa roti pada penduduk di Gaza yang merupakan lokasi kritikal pada siri serangan itu. – HARAKAHDAILY 21/7/2024