KDN FC II tidak mahu tercicir mata di Sarawak

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pasukan bawah 23 tahun Sang Kijang Emas mahu mengekalkan rekod cemerlang dalam saingan Piala MFL musim 2024/25.

- Advertisement -

Oleh itu Skuad Kelantan Darul Naim FC II (KDN FC II) tidak rela tercicir mata apabila bertandang ke Stadium Negeri, Sarawak menentang Kuching City FC, petang esok.

KDN FC II ketika ini berada di tangga teratas carta dengan mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan setelah merekodkan tiga kemenangan dan seri sekali.

Pemain pertahanan, Fakhrul Che Ramli berkata keputusan pada perlawanan terakhir memberi impak besar kepada KDN FC II.

“Kami bersyukur dengan keputusan yang diraih ke atas Selangor FC untuk meletakkan kami pada kedudukan sekarang.

“Apa pun kami kini fokus pada perlawanan dengan Kuching City kerana tidak mahu tercicir mata sekaligus membenarkan pasukan lain memintas kami” ujarnya di sini.

Fakhrul juga berkata, biar pun kelab Borneo itu menunjukkan konsistensi pada dua aksi terakhir mereka, KDN FC II menghormati pasukan terbabit.

Menurutnya Kuching City sama seperti kelab lain boleh menyukarkan KDN FC II bagi mempertahankan kemenangan.

“Mereka mempunyai kelincahan, penjaring gol serta kekentalan ketika bertahan, kita harus berwaspada,” katanya.

Pertemuan kedua-dua pasukan menjadi tumpuan peminat bola sepak Malaysia setelah KDN FC II serta Kuching City FC berjaya menampilkan persembahan menarik pada musim ini dalam saingan Piala MFL. – HARAKAHDAILY 16/7/2024