KPM perlu rancang strategi atasi kemiskinan digital

Roslan Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kemiskinan digital dalam kalangan guru dan pelajar di kawasan bandar dan luar bandar menjadi polemik pendidikan yang perlu diberi perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

- Advertisement -

Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berkata, KPM perlu merancang strategi dan langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi meminimumkan jumlah kemiskinan digital.

“Contoh Jendela, salah satu kaedah yang diaplikasikan bagi tangani masalah ini. Contoh memandangkan 57.9 (peratus) guru berada pada tahap asas penguasaan, 39.9 (peratus) pada tahap pertengahan.

“Dan adakah kegagalan guru-guru senior menguasai digital ini antara punca mereka menamatkan memohon menamatkan perkhidmatan dan juga punca kemerosotan pencapaian pelajar di luar bandar,” ujar beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Pendidikan Digital telah diluncurkan dan sememangnya di bawah Dasar Pendidikan Digital ini serta ditikberatkan beberapa teras ataupun bahagian yan harus untuk melaksanakan usaha untuk mempertingkatkan kualiti dan juga prestasi.

Katanya, satu pasukan petugas khas telah pun ditubuhkan khasnya untuk membangunkan pendidikan digital dan untuk mencapai hasrat dalam dasar pendidikan Digital negara.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan berapakah jumlah guru-guru di Sarawak yang telah dilatih untuk kompeten dalam mengaplikasikan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran dan nyatakan nama dan sekolah-sekolah yang telah memulakan Dasar Pendidikan Digital ini serta apakah keperluan dan persediaan yang dibuat oleh Kementerian untuk sekolah-sekolah berkenaan. – HARAKAHDAILY 15/7/2024

- Advertisement -