Rakyat Kelantan aktif derma darah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melahirkan rasa bangga kerana rakyatnya yang tidak pernah jemu menderma darah untuk kegunaan pesakit yang memerlukannya di negeri ini.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, menderma darah begitu mulia kerana dapat membantu pesakit khususnya yang parah serta memerlukan darah.

“Terima kasih kepada semua penderma darah dan mereka adalah hero bagi rakyat negeri Kelantan kerana tidak jemu membantu untuk mencukupkan stok darah di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Program Derma Darah Muhibah Kelantan 2024 yang berlangsung di ruang legar sebuah pasar raya di sini, kelmarin.

Katanya, program sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia itu menyasarkan kira-kira 550 beg.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dato’ Dr. Zaini Hussin berkata, hampir 30,000 beg darah dapat dikumpul di negeri ini pada tahun ini.

Katanya, sehingga Jun lalu lebih 13,000 beg darah telah diterima daripada penderma.

“Tujuan utama program itu diadakan adalah untuk menghargai penderma dan penganjur derma  darah di negeri ini dengan bertemakan ‘Menghargai Pemberian Selama 20 Tahun: Terima Kasih Penderma Darah’,” katanya.

Program anjuran bersama Jabatan Perubatan Transfusi, kelab, persatuan dan NGO itu turut memberi penghargaan kepada empat penganjur program kempen derma darah paling aktif. – HARAKAHDAILY 14/7/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -