Tembok Yakjuj dan Makjuj akan pecah jua

- Advertisement -

ADA pandangan yang menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj merupakan suatu jenis puak yang ganas. Tiada siapa pun yang mampu melawan mereka.

Mereka tidak dapat memanjat benteng yang telah dibina oleh Zulkarnain itu. Sebab benteng tersebut licin, sangat tinggi dan amat keras yang menyukarkan untuk mereka menebuknya.

- Advertisement -

Kisah Yakjuj dan Makjuj juga telah disebut dalam surah al-Kahfi. Apabila Zulkarnain tiba di suatu tempat, beliau bertemu dengan satu kaum.

Mereka mengadu kepadanya bahawa ada satu kaum yang lain iaitu Yakjuj dan Makjuj yang melakukan kerosakan di muka bumi. Mereka meminta supaya Zulkarnain membuat benteng yang dapat menghalang Yakjuj dan Makjuj daripada berbuat kekacauan.

Dengan kepakaran yang ada pada tentera-tenteranya, benteng dibina yang diperbuat daripada besi. Tempatnya yang sebenar belum diketahui sehingga kini, mungkin Allah sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan kita.

Besi yang berketul-ketul dihancurkan dan dicairkan. Kemudian, ia dicurahkan di antara dua gunung. Cairan besi tersebut akhirnya sejuk membeku dan menjadi pagar.

Apabila tiba suatu masa nanti, tembok tersebut akan pecah jua. Sekarang mereka tengah menggali dan tidak berhenti mengetuknya kerana ingin keluar daripada kepungan itu.

Sampai masa akhir zaman, mereka akan keluar dan dapat mengatasi benteng yang tebal itu.

Pada peringkat awal, tiada seorang pun yang mampu melawan mereka. Sehinggalah mereka dimusnahkan oleh Allah dengan ulat. Berdasarkan hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan Ibn Majah. Allah menghantar ulat.

Sepertimana kisah tentera bergajah suatu ketika dahulu, Allah menghantar burung yang membawa turun batu-batu kecil dari api neraka.

Ulat tersebut datang dari pokok kayu, jatuh ke atas tubuh mereka dan memakannya. Mereka berjaya dikalahkan dengan ulat, bukan dengan senjata. – HARAKAHDAILY 11/7/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -