Malaysia masih bergantung makanan import

Salamiah Mohd Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia masih lagi bergantung kepada pengimportan bahan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan beriklim sederhana dan sejuk, serta makanan haiwan bagi memenuhi keperluan domestik.

- Advertisement -

Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) meminta langkah strategik kerajaan bagi mewujudkan zon pertanian organik untuk tujuan pengeluaran makanan bagi keperluan negara.

“Oleh demikian, saya mohon agar kerajaan dapat menyenaraikan jenis dan jumlah perbelanjaan yang terlibat dalam negara yang berkaitan pada 2023.

“Selain itu, adakah pihak kerajaan bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa pemantauan khas bagi menambah baik kelompongan dalam sistem pemantauan berkaitan keselamatan makanan,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata pihaknya akan memberikan jawapan secara bertulis berkenaan data dan butir perbelanjaan atau hasil pendapatan daripada setiap pengeluaran negara, serta isu penubuhan jawatankuasa pemantauan khas.

Sementara itu, pihaknya juga akan membawa cadangan Salamiah isu makanan organik dalam mesyuarat tertentu. – HARAKAHDAILY 11/7/2024

- Advertisement -