Lindungi data peribadi rakyat

Dr Halimah Ali
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 465,924 pengguna termasuk penjawat awam telah mendaftar MyDigital ID setakat semalam, malah terdapat kecurian data di Malaysia meningkat daripada hanya dua angka pada 2021 dan 2022 kepada 646 kes pada 2023.

- Advertisement -

Dr Halimah Ali (PN-Kapar) berkata, kerajaan perlu mengkaji keperluan untuk memasukkan aspek perlindungan dan data peribadi daripada penyalahgunaan oleh pihak kerajaan atau agensi ke dalam akta yang akan dibentangkan kelak.

“Adakah terdapat penyelarasan dari segi perkongsian data penyimpanan awal dalam sistem MyDigital ID bagi merentas peringkat kerajaan agensi dan sebagainya?

“Selain itu, adakah kerajaan turut mempertimbangkan langkah keselamatan tambahan seperti kewujudan sistem penangkis penggodam bagi menjamin keselamatan data peribadi termasuk Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)?

“Oleh kerana, sebelum ini Padu dilaporkan berdepan dengan pelbagai cubaan menggodam seperti di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Kementerian Digital, Gobind Singh Deo, berkata soalan tambahan yang diajukan itu merupakan satu soalan yang baik.

Katanya, kementeriannya akan terus mengkaji dan memperketatkan lagi sistem MyDigital ID dari segi aspek perlindungan, penyelarasan dan langkah keselamatan. – HARAKAHDAILY 11/7/2024

- Advertisement -