‘Kita tak boleh kata tak boleh kepada pengutip sampah’

Dato' Mumtaz Md Nawi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengutip sampah bagi kegiatan kitar semula di tapak-tapak pelupusan memberikan kesan dan implikasi, antaranya mengakibatkan kebakaran yang memerlukan perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

- Advertisement -

Dato’ Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berkata, kebakaran itu berlaku di beberapa lokasi tapak pelupusan sampah, contohnya di Kok Bedullah kawasan Tumpat yang mana kebakaran telah berlaku selama empat bulan.

“Kasihan kepada pihak bomba yang terpaksa bertungkus lumus (memadamkan kebakaran tersebut).

“Dalam hal ini, saya ingin tanya apakah inisiatif pihak kerajaan dalam memastikan kejadian seperti ini tak berulang dan bantuan yang boleh diberikan kepada PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk mengatasi masalah tersebut,” ujar beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, beliau mencadangkan satu program pendidikan kitar semula dilaksanakan kepada masyarakat oleh KPKT untuk menjadikan pengutip sampah sebagai satu kerjaya.

“Kita sedar bahawa kita tak boleh mengatakan tak boleh kepada pengutip sampah. Macam mana pun mereka tetap akan buat,” jelas beliau.

Justeru itu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu dalam jawapannya berkata kerajaan komited untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah itu. – HARAKAHDAILY 11/7/2024

- Advertisement -