KDN FC pamer semangat juang bertandang ke Kedah

Park Jaehong
- Advertisement -

KOTA BHARU: Barisan pemain Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menunjukkan semangat juang tinggi untuk meraih sesuatu yang positif di Stadium Darul Aman, malam esok.

Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Park Jaehong berkata, persediaan pasukan setakat ini baik dan berjalan lancar.

- Advertisement -

Katanya, keadaan pemain sangat baik, malah menunjukkan semangat bekerja keras serta bermotivasi untuk meraih sesuatu yang positif ketika bertandang ke kubu lawan.

“KDN FC merencana taktikal khusus apabila bertandang ke Kedah Darul Aman FC bagi menghadapi perlawanan kelima Liga Super 2024/25.

“Kami akui Kedah pasukan yang kuat di mana mereka baharu sahaja meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA. Kami mengambil kesempatan dua minggu liga bercuti melakukan banyak Latihan,” katanya di sini.

Park juga berkata, skuad KDN FC mungkin ketiadaan beberapa pemain kerana ada yang cedera serta demam.

“Saya yakin pemain dapat melaksanakan tugasan mereka biarpun ada pemain tidak diturun kerana cedera. Pengganti mereka mampu mengisi kekosongan itu,” katanya.

Menurutnya juga KDN FC perlu berhati-hati dengan beberapa pemain pasukan lawan antaranya Syafiq Ahmad dan Sony Norde. – HARAKAHDAILY 11/7/2024

- Advertisement -