GLC-GLIC perlu untuk pembangunan luar bandar

Roslan Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu proaktif bekerjasama dengan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan).

- Advertisement -

Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berkata, ini bagi memastikan bukan hanya sekadar menumpukan kepada capaian, liputan pembangunan modal insan dan pembangunan keupayaan untuk masyarakat setempat.

“Seterusnya apa perbezaan jika kita lihat sebelum ni ada perkampungan-perkampungan yang telah dibina oleh terutamanya di bawah Kementerian, Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Apa perbezaan dengan Kampung Madani ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Kewangan pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Kewangan Dua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam jawapannya berkata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tidak dinafikan merupakan peneraju utama bagi perkara yang berkaitan kemajuan desa.

Menurutnya, Program Kampung Angkat Madani pula adalah untuk membantu pembangunan di kampung terpilih melalui pendekatan yang holistik dan berbeza.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah matlamat utama pelaksanaan Kampung Angkat MADANI berbanding dasar sedia ada dan apakah kriteria yang menjadi keutamaan pemilihan sesebuah kampung sebagai kampung angkat serta kelebihan yang dinikmati terutamanya melibatkan prasarana, fasiliti, dan pembangunan ekonomi. – HARAKAHDAILY 11/7/2024

- Advertisement -