Bas mini terbakar: 12 murid sekolah maut

Keadaan bas mini yang membawa murid-murid sekolah yang terbalik dan terbakar di jalan raya dalam wilayah Gauteng, Afrika Selatan pada 10 Julai 2024. (FOTO:X/@ewnreporter)
- Advertisement -

JOHANNESBURG: Dua belas murid sekolah dan pemandu mereka terbunuh di Afrika Selatan pada  Rabu apabila bas mini yang dinaiki mereka terbalik dan terbakar di jalan raya yang terletak dalam wilayah Gauteng.

Dalam kemalangan yang berlaku sehari selepas sekolah dibuka semula selepas cuti musim sejuk, itu tujuh murid  lain cedera dalam kemalangan yang berlaku di bandar Merafong, di barat hab ekonomi negara itu, di sini.

- Advertisement -

Laporan media tempatan berkata, sebuah trak kecil yang dikenali penduduk  tempatan sebagai ‘bakkie’  telah merempuh belakang bas mini yang membawa murid-murid sebelum ia terbalik dan terbakar.

Pegawai pendidikan dan pengangkutan yang melawat tempat kejadian dan kanak-kanak yang cedera dihantar ke sebuah hospital di kawasan berhampiran Carletonville. 

Ketua kerajaan wilayah Gauteng, Panyaza Lesufi, turut melawat kanak-kanak yang cedera, lapor ABC News.

Jurucakap jabatan pendidikan Gauteng, Steve Mabona berkata, 11 daripada kanak-kanak yang terkorban itu  bersekolah di Sekolah Rendah Rocklands manakala seorang lagi belajar di Sekolah Laerskool Blyvooruitsig di Carletonville.

Model kenderaan Toyota Hilux yang dikenali sebagai bakkie yang banyak digunakan di Afrika Selatan. (FOTO: Toyota Afrika Selatan)

“Bas mini yang membawa murid-murid itu dilanggar dari belakang oleh bakkie, menyebabkan ia terbalik dan seterusnya terbakar,” kata Mabona sambil menyifatkan kemalangan itu sebagai ‘sangat ngeri’.

Beribu-ribu murid sekolah di Gauteng bergantung kepada bas mini persendirian sebagai pengangkutan untuk berulang alik dan dari rumah masing-masing ke sekolah mereka merentasi wilayah paling ramai penduduk di Afrika Selatan itu. 

Ramai yang lain bergantung pada pengangkutan awam, termasuk bas perbandaran dan teksi.

Terdahulu, Toyota Hilux kekal sebagai pilihan utama pembeli bakkie di Afrika Selatan, dengan kendeeraan buatan Jepun itu terjual sebanyak 3,100 unit pada Februari 2024.

Bakkie telah menjadi pemandangan biasa di jalan raya Afrika Selatan dan digemari oleh ramai orang di seluruh negara itu kerana ia terkenal ketahanannya, yang menjadikannya sesuai untuk landskap yang pelbagai di negara ini dan rupa bumi yang mencabar. – Agensi/– HARAKAHDAILY 11/7/2024

- Advertisement -