‘Adakah Madani melihat geran bumiputera yang lain?’

Datuk Ahmad Amzad Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketiadaan skim geran baharu untuk usahawan bumiputera kemungkinan dilihat agak kasar namun itulah pendekatan yang diumumkan oleh Kementerian Ekonomi, baru-baru ini di media tempatan.

- Advertisement -

Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) berkata, alasan yang diberikan kementerian berkenaan adalah penerima geran telah hilang dan sebagainya.

“Sekiranya pemberian geran ini tidak mencapai objektif, tidakkah yang sepatutnya dilihat adalah tentang bagaimana untuk menambah baik pelaksanaan yang berkenaan.

“Oleh kerana sekiranya itu alasan yang digunakan, bagaimana dengan geran-geran lain yang diberikan kepada bumiputera untuk pertanian dan sebagainya?

“Adakah ini adalah hala tuju Madani untuk melihat kepada geran-geran bumiputera yang lain atas alasan yang sama,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam soalan asal, beliau meminta kerajaan menyatakan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputera dan bagaimana untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan bumiputera khususnya dalam sektor berimpak tinggi.

Selain itu, Amzad turut meminta kerajaan menyatakan nisbah terkini bagi pendapatan penengah, nisbah gaji dan upah penengah bulanan isi rumah antara kaum Bumiputera, Cina dan India.

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, berkata kementeriannya mengumumkan mengenai geran untuk memastikan kumpulan usahawan bumiputera itu dilayan secara berlainan.

“Kerajaan masih lagi meneruskan skim geran tersebut tetapi dikelaskan mengikut kumpulan penerima-penerima contohnya bagi kumpulan penerima untuk usahawan kecil yang baru memulakan perniagaan. – HARAKAHDAILY 11/7/2024

- Advertisement -