Ada PADU, apa perlu BUDI MADANI?

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dikatakan sebagai satu sistem berpusat yang akan meliputi seluruh pangkalan data maklumat yang disimpan kerajaan.

- Advertisement -

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN-Beluran) berkata, persoalan timbul apabila kerajaan melalui Kementerian Kewangan terpaksa mewujudkan pula sistem BUDI MADANI bagi tujuan penyasaran subsidi diesel.

“Apa perbezaan dan mengapa PADU tidak dijadikan sebagai pangkalan data yang boleh digunakan oleh semua kementerian dalam semua pendekatan yang dibuat oleh kerajaan?” soalnya.

Beliau menyatakan perkara ini sewaktu mengajukan soalan tambahan kepada soalan asalnya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam soalan asalnya beliau meminta Menteri Ekonomi untuk menyatakan ketersediaan kerajaan dari segi data dan mekanisme untuk melaksanakan penyasaran subsidi.

Dalam soalan yang sama beliau juga meminta menteri itu menyatakan bahawa selain bahan api, adakah penyasaran ini juga melibatkan bahan keperluan lain termasuk beras.

Sementara itu menteri berkenaan, Rafizi Ramli dalam jawapannya berkata, penggunaan sistem pangkalan data BUDI MADANI untuk penyasaran subsidi diesel berbanding dengan petrol RON95 adalah kerana ia melibatkan kumpulan sasar berbeza. – HARAKAHDAILY 11/7/2024

- Advertisement -