6 ‘MP Lompat’: Speaker Dewan Rakyat terkedu seribu bahasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini sekali lagi kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional bangun berhujah mempersoalkan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang mengekalkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu sebagaimana yang disahkan oleh Presiden parti berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media semalam.

Protes dimulakan dengan hujah daripada Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN – Beluran) yang mempersoalkan keabsahan keputusan Johari dengan mengingatkan ucapan Johari sendiri Ketika membahaskan Akta Anti Lompat Parti yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun 2022.

- Advertisement -

Johari ketika itu sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani daripada PKR menyatakan bahawa undang-undang ini akan menyekat ahli-ahli parlimen daripada melompat parti seterusnya menjahanamkan negara.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN – Kota Bharu) juga bangkit mempersoalkan adakah keputusan yang sama akan diambil oleh speaker sekiranya terdapat ahli-ahli parlimen daripada kerajaan bertindak menarik sokongan daripada Perdana Menteri dan menyatakan sokongan kepada pembangkang.

Turut sama mengambil bahagian untuk membahaskan perkara tersebut ialah Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin (PN – Putrajaya), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN – Arau), Datuk Haji Awang Solahuddin bin Hashim (PN – Pendang) dan akhirnya Ketua Pambangkang, Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin (PN – Larut).

Sementara itu, dua orang ahli parlimen kerajaan iaitu Syahredzan Johan (PH – Bangi) dan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji (PH – Jelutong) turut sama berbahas menyokong tindakan Johari.

Ahli-ahli parlimen pembangkang mengambil pendirian untuk keluar dewan sejurus sahaja Hamzah menamatkan ucapannya dan mengadakan sidang media di luar dewan. Johari kemudiannya hanya memberikan respon pendek menunjukkan kegagalannya untuk berhujah secara akademik mempertahankan tindakannya.

“Saya bukan posmen. Tiada kekosongan.” katanya ringkas. – HARAKAHDAILY 11/7/2024

- Advertisement -