‘Zahid anda sangat memalukan’

Muhammad Irsyad Syafiq
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Tiada guna menjadi Presiden sebuah parti Melayu tetapi lidah dikawal oleh DAP. Mana jati diri Umno yang dulu?”

Timbalan Ketua Pemuda PAS Marang, Muhammad Irsyad Syafiq berkata demikian, ketika mengulas kenyataan media, lebih kepada bayangan yang dibuat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa tidak akan ada kerjasama antara PAS dan Umno selagi masih memegang jawatan.

- Advertisement -

“Dimana maruah Zahid yang hari ini menjadi juru cakap rasmi DAP bahkan segala yang DAP pernah ucapkan diulangi semula olehnya.”

“Kenyataan celupar itu juga pernah dikeluarkan oleh tokoh DAP ketika bersama Pakatan Rakyat dahulu tapi kini ia diulang oleh Melayu yang berjiwa DAP seperti presiden UMNO hari ini,”
katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Irsyad, secara peribadi, perasaan beliau seperti masih berbelah-bahagi sama ada ingin marah atau kasihan dengan Presiden Umno itu.

Hal demikian juga membuatnya geli hati apabila melihat kedangkalan pemikiran beliau sebagai seorang yang sudah berpengalaman lam dalam politik tanah air.

“Apa salah Tuan Guru Presiden PAS? Buruk sangatkah beliau kerana meletakkan Islam sebagai asas perjuangan partinya?

“Teruk sangatkah beliau kerana berusaha menyatukan melayu Islam sebagai kuasa politik besar negara?

“Hinakah beliau bila sentiasa tegas dalam menjaga kedaulatan agama dan bumiputera di Malaysia?” soalnya.

Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan Zahid bahawa dalam senario politik hari ini, Umno lah yang perlu diselamatkan daripada dipimpin oleh manusia tamak haloba seperti Zahid dan sekutunya sehingga sanggup menggadaikan prinsip sehingga akhirnya Umno diheret ke lembah kejatuhan.

Irsyad juga menyatakan bahawa pendekatan Presiden UMNO dengan Presiden PAS yang terus berusaha untuk menyatukan Melayu Islam sebagai sebuah kuasa politik besar negara dan itu jugalah apa yang akan dilakukan sebagai pemuda PAS Marang.

“Jiwa besar Presiden PAS akan terus menjadi agenda kami dan kami akan terus berusaha untuk mendekati kesemua kumpulan Melayu Islam supaya bersatu demi Agama dan Negara.

“Zahid, anda sangat memalukan!” tegasnya. – HARAKAHDAILY 10/7/2024

- Advertisement -