Saya mengalu-alukan projek seumpama ini – Andansura

- Advertisement -

KUANTAN: Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar Kampung Sungai Karang akan terbuka dengan rancangan pembinaan hotel baharu berskala besar.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu berkata pembinaan hotel itu dijangka bermula pada 2026 dan akan siap pada 2027.

- Advertisement -

“Pada dasarnya, pihak saya mengalu-alukan projek seumpama ini khususnya untuk perkembangan ekonomi di DUN Beserah.

“Banyak peluang pekerjaan serta memberikan limpahan ekonomi khususnya kepada penduduk setempat,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima kunjungan dan mendengar taklimat ringkas berkaitan projek yang dirancang daripada wakil perunding dan pemaju projek tersebut di pejabatnya di Balok, semalam. (Foto atas)

“Kami bertukar-tukar maklumat dan pendapat selain melihat perkara-perkara yang perlu diberi perhatian khususnya sebelum dan semasa pembinaan,” ujarnya.

Menurutnya, mereka sedang menyediakan Laporan Kajian Impak Sosial (SIA) yang menjadi sebahagian syarat pelaksanaan projek tersebut selain laporan alam sekitar, keselamatan dan lain-lain.

“Justeru itu, pihak saya sedia memberikan sebarang bentuk kerjasama yang diperlukan bagi memastikan ianya berjalan lancar.

“Tidak kurang pentingnya, pematuhan peraturan serta kepentingan dan kesejahteraan masyarakat setempat perlu sentiasa dipelihara,” tambah beliau lagi. – HARAKAHDAILY 10/7/2024

- Advertisement -