Pelbagai kaum bantu kempen PN di Sungai Bakap

Tan Sri Annuar Musa
- Advertisement -

KOTA BHARU: Dakwaan yang mengatakan calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Sungai Bakap hanya dibantu petugas PAS dalam kalangan orang Melayu sahaja ketika berkempen baru-baru ini dianggap tidak berasas.

- Advertisement -

Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka terlupa PAS dan PN sudah bergerak jauh ke hadapan dengan dianggotai pelbagai kaum dan bangsa.

“Kenyataan itu cuba menggambarkan kononnya PAS memainkan sentimen perkauman sempit sehingga tiada ruang untuk kaum lain,” katanya pada catatan di Facebooknya.

Menurutnya, kepelbagaian kaum ada dalam perjuangan parti Islam itu sekarang.

Malah, tambahnya PAS digerakkan ramai jentera yang terdiri dari kaum Cina, India, Sikh dan lain-lain bangsa selain Melayu berkempen memenangkan calon PN, Abidin Ismail.

Beliau juga berkata, penduduk bukan Melayu turut menyokong calon PN kerana tidak yakin lagi dengan kerajaan Madani yang memerintah hari ini. – HARAKAHDAILY 10/7/2024

- Advertisement -