PAS tumpu kampung tradisional di Nenggiri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Perkampungan tradisional Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri menjadi antara tumpuan PAS bagi misi mempertahankan DUN terbabit pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos ini.

- Advertisement -

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yussof berkata, pihaknya sudah membuat kajian bagi melihat potensi di lokaliti terbabit.

Katanya, DUN Nenggiri terdapat 20 Unit Daerah Mengundi (UDM) termasuk lima daripadanya terletak di perkampungan Orang Asli.

Dr Wan Nik Wan Yussof

“Selain itu terdapat juga penempatan yang berada di bawah pengurusan Felda dan Kesedar termasuk Sungai Asap dan Renok,” katanya.

PRK Nenggiri diadakan berikutan kerusi DUN berkenaan diisytiharkan kosong ekoran bekas Adunnya Mohd Azizi Abu Naim didapati melanggar Akta Anti Lompat Parti.

Bagaimanapun Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengambil langkah sebaliknya dengan mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri.

Perkara itu disahkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada kenyataan media hari ini.

Dr Wan Nik juga berkata, gerak kerja pilihan raya PAS dan Perikatan Nasional di kawasan terbabit sudah bermula sejak awal lagi. – HARAKAHDAILY 10/7/2024

- Advertisement -