Liga Elit DUN diangkat tahap lebih tinggi

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kejohanan Liga Elit DUN yang dianjur Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS) hampir 20 tahun akan diangkat ke tahap lebih tinggi iaitu Liga A3.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, sudah tiba masanya liga berkenaan diketengah ke peringkat lebih tinggi.

Katanya beliau telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak untuk mengangkat ke tahap liga yang lebih tinggi.

“Ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk mencungkil bakat-bakat pemain dan meningkatkan mutu sukan bola sepak di Kelantan,” katanya di sini.

Menurutnya juga penganjuran kali pertama Liga DUN Kelantan pada tahun 2005.

Dan pada tahun 2018 liga terbabit dijenamakan semula dengan nama Liga Elit DUN (LED).

“Kejohanan LED 2023 disertai 494 pasukan dari seluruh Kelantan. Bukan suatu yang mudah untuk mengurus jumlah pasukan yang begitu banyak.

“Pasukan yang bersaing dalam LED akan merebut Piala Menteri Besar Kelantan pada perlawanan akhir,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/7/2024

- Advertisement -