Kerajaan Terengganu komited lahirkan ‘Teknokrat Huffaz’ 

Muhammad Khalil dalam Majlis Perasmian Penutup Himpunan Huffaz 4.0 Negeri Terergganu Darul Iman di Terengganu pada hari ini, 10 Julai 2024.
- Advertisement -

KUALA NERUS: Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu, komited untuk melahirkan ‘teknokrat huffaz’ yang cemerlang dalam bidang agama dan pendidikan awam.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, usaha itu telah berjaya dibuktikan oleh lepasan pelajar Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu (SMIYT) mencatatkan keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran.

- Advertisement -

“Bagi menggalakkan lagi budaya ilmu dan al-Quran di bumi Terengganu, kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terenggannu juga mengadakan Skim Hafaz Al-Quran Dewasa Terbuka Negeri Terengganu Darul Iman. 

“Para huffaz ini diberi peluang untuk berbakti dalam kegiatan keagamaan kepada masyarakat di tempat tinggal mereka dengan mengadakan kelas al-Quran atau fardhu ain secara sukarela. 

“Kita mengharapkan agar dengan adanya program seumpama ini dapat meningkatkan celik ilmu agama di dalam masyarakat, terutamanya golongan muda kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Himpunan Huffaz 4.0 Negeri Terergganu Darul Iman di Dewan Arena Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat.

Khalil berkata, program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) bersamaagensi kerajaan negeri itu diadakan bagimengeratkan lagi hubungan bersama para huffaz, serta meraikan mereka sesuai denganpenerapan nilai murni kemasyarakatan.

Selain itu, kata beliau program itu juga bagi merealisasikan impian Terengganu yang Maju, Berkatdan Sejahtera.

“Sebagaimana slogan kali ini, iaitu Indahnya Hidup Bersyariat merupakan suatu komitmen kerajaan negeri memastikan penerapan nilai murni dan syariat Islam diketengahkan untuk memandu negeri ini ke arah yang diberkati,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/7/2024

- Advertisement -