Janji Zahid di Sg Bakap: Rakyat tak lihat ada tindakan kerajaan

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakyat tidak melihat adakah sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan kepada pihak yang membuat pengumuman peruntukan projek ketika musim pilihan raya dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri sebelum ini menjanjikan dua projek akan dilaksanakan jika gabungan kerajaan perpaduan Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Mei lalu.

- Advertisement -

“Saya hairan bagaimana Perdana Menteri boleh bercakap dalam keadaan orang yang menyebut demikian ada di sebelah. Jadi, ini isunya.

“Saya sangat-sangat hormat apabila Perdana Menteri menyebut begitu, begini dan sebagainya. Tetapi soal pelaksanaan inilah yang rakyat tidak melihat kerajaan serius untuk melaksanakan,” katanya.

Disebabkan perkara ini, menurutnya, kerajaan telah ditunjukkan jalan, ataupun ditunjukkan protes dalam PRK Sungai Bakap yang lepas, walaupun Perikatan Nasional telah menutup dua Unit Daerah Mengundi (UDM).

“Menteri Ekonomi kata kami telah tutup dua bilik gerakan. Saya nak kata bukan dua bilik gerakan, semua bilik gerakan kami tutup.

“Tetapi, walaupun dah tutup tapi menang juga. Cuma tutup tu waktu solat. Sebab itu, mungkin menteri silap tengok.

“Jadi sebab itu, saya nak nyatakan bahawa bagaimana dalam isu-isu seperti ini, perlu untuk kita dilihat melaksanakan apa yang kita sebut, bukan hanya sebut semata-mata,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/7/2024

- Advertisement -