Houthi Yaman serang kapal Amerika, Maersk Sentosa di Laut Arab

Houthis Yaman telah menyasarkan kapal Amerika Syarikat, Maersk Sentosa di laut Arab dengan beberapa peluru berpandu balistik dan dron pada 9 Julai 2024. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

SABA’A, Yaman: Pejuang Houthi Yaman berkata mereka telah menyasarkan kapal milik Amerika Syarikat, Maersk Sentosa di Laut Arab dengan beberapa serangan peluru berpandu balistik dan dron.

Jurucakap tentera kumpulan Yaman, Yahya Sarea dalam ucapan yang disiarkan di televisyen berkata, kapal AS, Maersk Sentosa disasarkan dalam serangan di Laut Arab itu operasi bersama  tentera laut Yaman dan pasukan peluru berpandu Houthi pada lewat malam Selasa. 

- Advertisement -

Sarea juga berkata, Houthi menyasarkan kapal Marathopolis di Laut Arab dan kapal MSC Patnaree di Teluk Aden dengan beberapa serangan dron, lapor Anadolu Agency.

Terdahulu pada Selasa, syarikat perkapalan gergasi Maersk berkata salah sebuah  kapalnya, Maersk Sentosa, dilaporkan menjadi sasaran objek terbang di utara Teluk Aden.

Maersk memberitahu Reuters bahawa tiada kecederaan pada anak-anak kapal atau kerosakan pada kapal atau kargo dilaporkan.

Jurucakap syarikat yang berpangkalan di Copenhagen itu berkata, kapal itu adalah salah satu kapal berbendera AS yang belayar untuk anak syarikatnya, Maersk Line, Limited.

“Kapten kapal dagang yang tidak dinamakan melaporkan letupan berhampiran kapal itu kira-kira 180 batu nautika (333 km) di timur Nishtun Yaman,” kata  jurucakap Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) yang turut mendakwa bahawa bahawa kapal dan anak kapalnya selamat.

Terdahulu, Houthi telah melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas kapal AS dan Israel yang belayar  di Laut Merah, Selat Bab Al-Mandab dan Teluk Aden sejak November 2023, sebagai  solidariti terhadap rakyat Palestin yang dibunuh beramai-ramai oleh Zionis Israel di Semenanjung Gaza. – Agensi/ – HARAKAHDAILY 10/7/2024

- Advertisement -