Corak sama jaringan gol Yamal di Euro 2024, EUFA Bawah-17 2023

Corak jaringan gol yang dirembat Lamine Yamal dalam Euro 2024 ketika menentang Perancis pada malam Selasa di Berlin, Jerman, waktu tempatan, mirip corak jaringan yang dilakukannya di Kejohanan UEFA Bawah-17 pada tahun lepas. (FOTO: Daily Mail/BBC)
- Advertisement -

BERLIN: Menakjubkan lagi aneh apabila corak jaringan penyerang Sepanyol, Lamine Yamal yang membantu mengalahkan Perancis 2-1 dalam Euro 2024 pada hari ini, mirip corak jaringan yang dilakukannya di Kejohanan Eropah, EUFA Bawah-17 pada tahun lepas, juga ketika menentang Perancis.

Bintang Barcelona itu menyerlah ketika Sepanyol menempah tempat ke final Euro 2024 dengan kemenangan ke atas Perancis tersebut.

- Advertisement -

Yamal juga mencipta sejarah Euro 2024 apabila menjadi penjaring termuda dalam sejarah kejohanan berkenaan.

Baru berusia hanya 16 tahun dan 362 hari, Yamal memecah rekod itu penuh bergaya dengan rembatan gol menerusi jaringan menakjubkan dari jarak jauh menuju terus ke gawang Perancis, lapor All Football.

Sehubungan itu, rakaman kini telah muncul semula ketika Yamal menjaringkan gol tatkala menentang Perancis  pada separuh akhir Kejohanan Eropah Bawah 17 Tahun pada tahun lalu.

Sama seperti rembatannya pada malam Selasa, waktu tempatan, dalam Euro 2024 ini, Yamal meluru dari kanan dan menemui penjuru atas dari jarak jauh di EUFA Bawah-17 2023 walaupun Perancis meraih kemenangan 3-1 dalam perlawanan itu.

Seorang peminat bola sepak menulis di media sosial, “Ini menakutkan! Sungguh berbakat budak (Lamine Yamal) ini.”

Sebelum Yamal, Johan Vonlanthen dari Switzerland telah memegang rekod sebagai penjaring termuda di Euro 2024 lelaki.

Vonlanthen berusia 18 tahun dan 141 hari ketika menjaringkan gol di Euro 2004, juga menentang Perancis.

Dalam gelangang Euro 2024 ketika menentang Perancis ini, empat minit selepas gol yang dijaringkan Yamal, pemain sayap kiri Sepanyol, Dani Olmo menjaringkan gol kemenangan menerusi pesongan Jules Kounde untuk menempah tempat Sepanyol ke final menjelang Ahad ini.

Sepanyol akan bertemu sama ada England atau Belanda pada final Euro 2024 dalam sasaran untuk menjuarai Kejohanan Eropah keempat mereka. -Agensi/– HARAKAHDAILY 10/7/2024

- Advertisement -