Biar pemimpin PAS cawangan jawab Zahid Hamidi

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kenyataan Presiden Umno Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu bekerjasama dengan PAS selagi parti terbabit diketuai Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dianggap hanya sesuai dijawab ketua cawangan PAS.

- Advertisement -

Presiden PAS berkata, beliau tidak perlu menjawab kenyataan itu, memadai pemimpin cawangan PAS yang jawab.

“Biarlah rakyat jawab… orang cawangan (PAS) pun boleh jawab,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarangsa 2024 MBI di sebuah hotel malam tadi.

Baru-baru ini ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Kuala Kangsar 2024 Zahid dilapor menyebut tidak akan adakan kerjasama dengan PAS selagi dipimpin (Tuan Guru) Abdul Hadi.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dilaksanakan Kelantan kekal sehingga sekarang melewati tempoh lebih 30 tahun.

“Alhamdulillah dasar itu dilihat pada zahir ada berkat sehingga boleh kekal berpuluh tahun. Insya-Allah ia akan dicontohi negeri-negeri lain ditadbir PAS,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/7/2024

- Advertisement -