Pemasangan Jendela di Terengganu lambat

Shaharizukirnain Abd Kadir
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemasangan projek Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) khususnya di Terengganu telah berlaku kelambatan manakala di Sabah dan Sarawak masih belum siap pelaksanaannya hingga kini.

- Advertisement -

Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) meminta kerajaan menyatakan sebab dan langkah bagi mengatasi masalah terbabit.

Beliau turut meminta kerajaan menyatakan sejauh mana pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) bagi menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan internet jalur lebar gentian optik bagi kawasan sekitar sekolah dan perniagaan.

“Di samping apakah usaha kerajaan mewujudkan lebih banyak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) untuk kesedaran bagi merapatkan jurang digital dan memanfaatkan komuniti setempat?” katanya semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam soalan asal, Dr Richard Rapu @ Aman Begri ingin Kementerian Komunikasi menyatakan penilaian terkini tentang keberkesanan kursus keusahawanan digital yang diperkenalkan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Sarawak, serta langkah yang diambil untuk memastikan aksesibiliti dan kualiti kursus keusahawanan digital dapat ditingkatkan.

Menteri berkenaan, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, isu kelambatan pemasangan projek Jendela akan dijawab secara penuh sewaktu penggulungan Laporan Ketua Audit nanti. – HARAKAHDAILY 10/7/2024

- Advertisement -