Seimbang pendidikan, kokurikulum dan sahsiah murid

- Advertisement -

PAPAR: “Murid perlu didedahkan dengan aktiviti sukan untuk memberi keseimbangan dalam pendidikan, kokurikulum dan sahsiah,” kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan.

- Advertisement -

Menurutnya, perkara itu perlu dititikberatkan dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan anak-anak terus cemerlang dalam semua aspek berlandaskan agama.

Selain itu, katanya, institusi di bawah kelolaan PAS iaitu TASTI, PASTI, SRITI serta SMITI menjadi pilihan kepada masyarakat untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Negeri Sabah Zon Pantai Barat kali ke-3 di Padang Pekan Papar, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Hendri Hamsah, Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Adsman Jupri dan Timbalan Pengarah 3 SRITI negeri, Hasruddin Samsuddin.

Terdapat lima acara sukan telah dipertandingkan dalam kejohanan kali ini.

Bagi acara memanah, dimenangi oleh peserta daripada SRITI An Nawawi, Papar, Syahin A’fif bagi kategori individu muslimin manakala Hurayyah Husna (muslimat).

Pasukan memanah SRITI An Nawawi turut memenangi acara berkumpulan bagi muslimin dan muslimat.

Selain itu, bagi acara baharu iaitu lontar peluru menyaksikan SRITI Al Makwa, Kota Belud memenangi tempat pertama dan kedua.

SRITI An Nawawi telah dinobat sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan tersebut. – HARAKAHDAILY 9/7/2024

- Advertisement -