Perluasan skop KAN diharap dapat selesai isu LCS

Datuk Awang Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kelulusan perluasan skop Ketua Audit Negara (KAN) diharap dapat memberikan kebebasan sepenuhnya mengaudit laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkenaan LCS (Kapal Tempur Pesisir).

- Advertisement -

Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkata, diharapkan PAC yang membuat satu semak dan imbang ataupun penyiasatan terhadap pembangunan LCS perlu membentangkan laporan supaya mudah Ketua Audit Negara untuk dibawa masuk ke dalam Parlimen.

“Jadi oleh sebab itu saya minta sekali lagi PAC bagi memastikan pelaksanaan LCS dapat dilengkapkan mengambil kira kapal pertama dijangka diterima pada bulan Ogos 2026 berdasarkan kontrak tambahan keenam dan empat kapal berikutnya dijangka diterima mengikut jadual yang ditetapkan sehingga 2029,” ujar beliau semasa membahaskan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sudah lebih daripada 10 hingga 12 tahun isu LCS tidak berjaya diselesaikan dan diharapkan dengan penerimaan kapal pertama yang dijadualkan Ogos 2026, tidak akan berlaku lagi lanjutan jadual.

“Supaya teknikal-teknikal ini disebut dalam Parlimen ini bahawa kita ada masalah teknikal. Saya tak nak macam itu. Sebab kita dah bagi masa terlalu lama LCS punya kes ini dan diganti penambahan peruntukan wang negara RM11.2 bilion setelah RM6 bilion itu hilang dulu ni.

“Sekarang tambah lagi RM11.2 bilion untuk pembangunan kapal-kapal LCS ini. Jadi saya harap apa pihak audit negara akan diberi kebebasan sepenuhnya dengan kelulusan undang-undang ini,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 9/7/2024

- Advertisement -