MAHB dan 47 kes DNAA perlu diaudit

Datuk Awang Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Satu audit perlu dibuat kepada Malaysia Airport Berhad (MAHB) melibatkan Global Infrastructure Partners (GIP) yang mana BlackRock ada 100 peratus saham dalamnya sejurus kelulusan perluasan skop yang diluluskan pada Fasal 2 Seksyen 5 Akta 62 kepada Ketua Audit Negara (KAN).

- Advertisement -

Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkata, dengan perluasan skop kepada KAN ini juga, audit juga boleh dilihat balik kepada 47 kes dibebaskan tanpa dilepaskan pembebasan (DNAA) yang mana jika ada bukti baharu, Peguam Negara boleh caj dan disiasat kembali.

Menurutnya, dengan audit yang dibuat ke atas MAHB ini akan menghasilkan satu dapatan yang mana kerajaan tidak perlu membuat tawaran saham MAHB ini kerana mempunyai untung yang besar pada tahun lalu.

“Jadi syarikat ini untung. Jadi kenapa kita nak bagi dekat hat untung nak bagi kat orang lain? Bagilah dekat syarikat dalam negara banyak yang boleh kita tawarkan.

“Sebab saham di antara KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dengan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) ini 71 peratus. Yang selebihnya saham yang ada lebih kurang 950 syarikat lebih, yang ada satu persen, dua persen yang di pasaran dibuat sekuriti.

“Yang mana bila mendapat tawaran harga yang mahal, mereka akan jual sebab ini keuntungan jangka pendek. Untuk yang 71 persen ini adakah kerajaan nak reduce (mengurangkan) GIP yang ada 7 persen sekarang untuk dijadikan 30 persen.

“30 persen ini perlu 23 persen daripada LHDN ataupun daripada KWSP. Yang mana kita tahu dah ini satu syarikat negara, syarikat rakyat yang memberi keuntungan kepada semua penglibatan MAHB,” ujar beliau semasa membahaskan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, walaupun tidak nama BlackRock, tetapi GIP mempunyai saham 100 peratus BlackRock dalam GIP yang merupakan satu teknikal yang hendak disembunyikan BlackRock.

“Itu sebab itu bila hari itu apa ini Ipoh Timur ataupun Gopeng yang tanya saya tak faham itu. Saya faham. Saya bab-bab ini saya faham juga.

“Sebab itu saya haraplah Ketua Audit Negara masuk menyiasat balik yang pertama DNAA 47 kes. Yang kedua MAHB yang untung kenapa kita nak memberikan tawaran dekat syarikat asing yang lain.

“Sebab kita dah lulus dah akta yang saya sebut tadi. Jadi kuasa kepada Ketua Audit Negara ni lebih luas termasuk GLC-GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan), GLIC (Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan) juga perlu dibuat audit,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 9/7/2024

- Advertisement -