Cegah modus operandi skim penipuan

Abdul Latiff Abdul Rahman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kaedah penipuan ataupun modus operandi yang digunapakai oleh penjenayah berkaitan kewangan sentiasa berubah-ubah.

- Advertisement -

Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata, modus operandi sentiasa berubah-ubah walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah meletakkan garis panduan lima langkah kawalan untuk membanteras penipuan.

“Garis panduan tersebut antaranya ialah nombor pas pengesahan transaksi (OTP) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Apakah mekanisme pihak kerajaan untuk mengekang modus operandi skim penipuan yang sentiasa berubah-ubah ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Abdul Latiff, berkata penggunaan kad imbas kini mendedahkan bahawa terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kad kepada orang lain seperti berlaku di stesen minyak.

“Sejauh manakah pindaan bagi Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang dicadangkan akan dapat memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan ke atas sindiket akaun keldai.

“Di samping, tiada akaun yang akan membenarkan akaun mereka digunakan pihak lain serta remedi yang ditawarkan, selain meminta bank untuk menyahaktifkan akaun buat sementara waktu,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata pihak bank sentiasa memantau dan mengadakan libat urus dengan semua pihak berkepentingan untuk mengubah suai dan memajukan lagi kawalan selia kerana penipuan kini lebih maju.

Sementara itu, pihak bank juga telah mengeluarkan satu garis panduan kepada institusi kewangan bagi mengelakkan pembukaan dan penyalahgunaan bagi isu akaun keldai.

“Saya ambil maklum perkara ini akan dibahaskan dengan lebih lanjut dalam sidang parlimen kali ini di bawah Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/7/2024

- Advertisement -