Brunei wajibkan bersekolah agama umur enam tahun

Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Awang Abdul Aziz Juned
- Advertisement -

KOTA BHARU: Brunei mewajibkan kanak-kanak yang berumur enam tahun ke atas untuk bersekolah agama di bawah Akta Perintah Pentadbiran Pendidikan.

- Advertisement -

Natijahnya, rata-rata dari mereka dalam kalangan umur tersebut sudah pandai membaca-al-Quran dan mengerjakan solat.

Perkara itu dikongsikan Mufti Brunei Darussalam, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Awang Abdul Aziz Juned yang turut menyertai sesi pembentangan KelMIC ’24 dengan tajuk ‘Islamic Governance – A Challenge for All’.

Tambah beliau, pentabiran Islam menghadapi cabaran yang hebat di era moden hasil daripada penglibatan pemimpin bukan Islam yang tidak menitik beratkan pelajaran agama kerana dianggap membebankan dan tidak mempunyai nilai ekonomi kepada sesebuah negara.

“Solat lima waktu, dan membaca al-Quran merupakan kewajipan yang wajib dijalankan oleh setiap umat Islam, namun masih ramai kurang memahami dan menghayatinya.

“Perkara ini jelas menunjukkan berlakunya kepincangan dalam pentadbiran dan bagi kita orang Islam, hal ini bukan isu remeh temeh tetapi ia merupakan isu besar yang perlu dipertanggungjawabkan nanti di hadapan Allah SWT,” katanya.

Dr. Awang Abdul Aziz turut menasihati umat Islam mengelakkan diri daripada terus terjebak dengan ideologi hedonisme yang mementingkan keseronokan dan hiburan sehingga memberi kesan yang buruk dalam masyarakat.

Tegas beliau, melalui pentadbiran Islam sahaja yang boleh memberi kebahagian di dunia dan akhirat. – UPKN