Sukan bina keyakinan diri, kemampuan berfikir murid

- Advertisement -

KINABATANGAN: Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur berkata, aktiviti sukan bukan sekadar untuk mengukur kemampuan murid-murid bertanding dalam acara yang dipertandingkan tetapi juga boleh membina keyakinan diri.

- Advertisement -

“Ketika bersukan, kita boleh membina keyakinan diri serta menyuntik kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid,” ujarnya.

Tambahnya, sukan juga penting bagi mengiktiraf keupayaan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia.

“Aktiviti sukan ini juga sangat dititikberatkan bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani,” katanya ketika merasmikan pertandingan bola sepak dan bola jaring anjuran PASTI kawasan di Kota Kinabatangan, di sini, kelmarin.

Sebanyak tujuh buah PASTI menyertainya iaitu PASTI Darul Anuar, PASTI Darul Barakah, PASTI Darul Huffaz, PASTI Darul Itqan, PASTI Darul Siddiq, PASTI Darul Ulum dan PASTI Darul Zakaria.

Acara bola sepak kali ini sekali lagi dimenangi oleh PASTI Darul Ulum manakala bola jaring dirangkul oleh PASTI Darul Huffaz. – HARAKAHDAILY 8/7/2024

- Advertisement -