Pakej umrah istimewa Andalusia bersama Alif Satar

Ida Riswana (tiga dari kiri), Ibrahim (empat dari kiri) bersama Alif Satar (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran Umrah istimewa bersama Alif Satar.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia Travel) dengan kerjasama WE Xpress bakal menganjurkan pakej istimewa Umrah Andalusia bersama figura ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, Alif Satar pada hujung tahun ini.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pakej bertuah ini akan bersama-sama  Alif yang juga Pengarah dan duta WE Express sepanjang tempoh 17 hingga 28 Disember 2024 selama 12 hari 10 malam.

- Advertisement -

“Pastinya pakej umrah ini menjanjikan kelainan kepada jemaah yang mengikut personaliti hebat dan disenangi ramai ini, terutamanya aktiviti yang bakal memupuk semangat dan motivasi yang tinggi semasa berada di Mekah dan Madinah nanti.” katanya dalam sidang media Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan  WE Xpress, di sini.

Selain Alif yang juga Pengarah dan duta WE XPress, turut hadir ialah Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin, Ketua Pegawai Eksekutif, WE Xpress, Norhisham Osman, Pengarah WE Xpress, dan Ketua Perniagaan Antarabangsa POS Malaysia, Elias Effendy.

Dalam pada itu, Ida Riswana berkata, kerjasama unik dengan  Alif Satar yang merupakan artis terkenal tanah air adalah juga beliau adalah Pengarah dan duta WE Xpress sendiri, selain merupakan ikon program Geng Subuh Macam Jumaat.

“Saya sangat bersyukur dapat kerjasama dengan Aliff sebagai ikon Geng Subuh Macam Jumaat  kerana bukan senang untuk menaikkan semangat dan motivasi anak muda untuk menjayakan program ini,” ujarnya.

Menurut Ida, keunikan pakej umrah Geng Subuh macam Jumaat ini akan bekerjasama dengan pihak pelancongan Arab Saudi dan pihak mereka akan menjadikan pakej ini bukan seperti pakej umrah biasa.

Alif Satar, Pengarah dan duta We Xpress.

“Pakej ini, kita akan cuba mendidik anak muda untuk menjejaki jejak langkah Rasulullah SAW dan adanya cabaran-cabaran yang menguatkan kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.

“Kami akan buka pendaftaran seramai 135 peserta dengan berkonsepkan ‘siapa cepat dia dapat’ selepas selesai perbincangan dengan pihak pelancongan Arab Saudi,” jelasnya.

Sementara itu Alif berkata, susulan kejayaan program Geng Subuh Macam Jumaat, ia kini diteruskan dengan pakej umrah tersebut yang membuka peluang kepada anak muda untuk istiqomah dalam memahami semangat juang dalam mencari keredhaan  Allah SWT.

“Bagi mendekati jemaah anak-anak muda ini memerlukan strategi dan penyampaian yang bersesuai dengan jiwa mereka dan inilah peluangnya,” kata penyanyi yang juga aktif dalam menyebarkan informasi tentang Gaza Palestin.

Terdahulu, Majlis MoU Andalusia bersama rakan logistik mereka, WE Xpress ini adalah untuk menyatukan objektif bagi memberi manfaat besar kepada para jemaah bagi pengiriman barang melalui kargo semasa mengerjakan umrah.

Sejajar dengan itu, Norhisyam juga mengatakan rasa besar hatinya tentang pakej Umrah Andalusia bersama Duta WExpress, Alif Satar.

“Pakej ini dijangka akan berbentuk satu kolaborasi eksklusif bagi jemaah untuk menikmati pengalaman Umrah berprestij yang julung-julung kali diadakan oleh Andalusia Travel,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/7/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -