Hadapi jentera kerajaan: Menang tidak dijangka

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Kemenangan Abidin Ismail pada PRK N.20 DUN Sungai Bakap bukanlah satu yang dijangka memandangkan PERIKATAN NASIONAL (PN) berhadapan dengan jentera kerajaan.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim mengulas demikian ketika ditemui Harakahdaily di perkarangan Dewan Serbaguna, Jawi, di sini malam tadi.

“Bagi saya memang tidak dijangka, saya letak 50-50 sebab PN bukan bertembung dengan Pakatan Harapan (PH) sebaliknya jentera kerajaan. Malah pemimpin kerajaan menggunakan platform PRK ini dengan mengumumkan pelbagai peruntukan,” ujarnya.

Namun katanya, inilah kemenangan Islam yang telah ditentukan Allah SWT walaupun berhadapan dengan laluan yang sukar.

Kemenangan Abang Abidin juga tambah beliau, membuktikan perpaduan majoriti penduduk khususnya orang Melayu-Islam dan lain-lain kaum di DUN Sungai Bakap.

“Inilah perpaduan sebenar yang dibawa oleh PN iaitu menyatupadukan orang Islam dengan semua bangsa. Inilah maksud negara Madani yang sebenar

“Bukannya perpaduan memecah belah yang dibawa oleh PH, Madani membawa perkelahian dan bersifat zalim. Kezaliman tak ada dalam senarai Madani. Madani adil untuk semua,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih atas komitmen para petugas dan penyokong PN yang setia serta tidak jemu-jemu memberi sokongan.

“InsyaAllah, kita jumpa pula PRK di DUN Nenggeri nanti dan enam Parlimen nanti. Saya dan Ahli Parlimen PN akan tetap menghulurkan tenaga membantu calon PN di PRK itu nanti.

“Walaupun kerajaan persekutuan menafikan hak-hak serta peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/7/2024

- Advertisement -