Cerita Sungai Bakap

- Advertisement -

SEHARI sebelum mengundi di Sungai Bakap PMX buat kenyataan bahawa beliau di lahirkan di Sungai Bakap.

Ya PMX anak Cheruk Tok Kun P Pinang.Tak jauh dari Pekan Sungai Bakap.

Beberapa hari sebelumnya TPM yang juga Presiden Umno turun sendiri ke Sungai Bakap membawa tawaran projek puluhan juta jika calon Madani menang.

- Advertisement -

TPM Dato’ Seri Zahid Hamidi mahu jadikan kemenangan calon Kerajaan Madani hadiah untuk PMX.

Zahid juga tidak melepaskan peluang untuk sekali lagi menghina saya sebagai “gila talak”.Maklumlah beliau merasakan PH dan Umno begitu popular dan semua orang tergila gila padanya.

Saya hanya mampu senyum dipersendakan “orang besar”.

Beberapa minggu sebelum penamaan calon saya sudah turun ke Nibong Tebal khususnya Sungai Bakap.

Saya bertemu kawan kawan lama dalam Umno dan PEKIDA. Kebetulannya saya pernah di “baiah”oleh seorang “Ayahanda” pemimpin di Sungai Bakap.

Sebagai Timbalan Ketua Pengarah dan Timbalan Pengarah Operasi PRK saya juga meninjau data data pilihanraya dan turun padang ke daerah mengundi utk merasai “denyut nadi”dan sentimen raķyat Sungai Bakap.

PH lebih awal mengumumkan calonnya. Calon itu di istiharkan sebagai CALON KERAJAAN PERPADUAN. Saya lega kerana PH “self proclaimed” mewakili Kerajaan.

Ia memudahkan PN posisikan #AbangAbidin sebagai calon rakyat.

Kerajaan madani vs rakyat

Seperti diduga Calon Perpaduan berkempen dengan segala kemewahan peruntukan Kerajaan. Program Kerajaan membawa turun Para Menteri dan Perdana Menteri.

PN kekalkan kempen merakyat dengan bergantung harap pada sukarelawan bantu tanpa sebarang habuan.

Aktiviti kempen hanya sekadar apa yang di sedekah dan di infaq oleh ahli dan rakyat

Namun gerakan berkempen sangat mendasar dan “micro targeting”. Malah kempen kalangan bukan Melayu tetap di usahakan walau tenaga kempen amat terbatas

Rata rata kempen PN diberi sambutan hangat oleh rakyat semua kaum dan strata kepartian

Saya tidak putus putus bertemu pemimpin Umno akar umbi. Berbual Mesra.Kadang kala bertemu di luar kawasan pilihanraya. Saya dapat merasakan dokongan pemimpin akar umbi terhadap Muafakat Umno PAS Bersatu (MN).

Selepas seminggu berkempen sudah terasa suasana kemenangan buat calon rakyat. Cuma perlu dipastikan rakyat keluar mengundi.

Rumusannya rakyat sudah hilang keyakinan dan kepercayaan pada kerajaan. Rakyat tidak lagi takut untuk bersuara

Dikalangan ahli dan penyokong umno di akar umbi pula mereka menolak Presiden mereka dan jajaran barunya.

Ahli akar umbi  mendukung gagasan Muafakat Nasional 

Ahli umno dan penyokong umno dibawah pula sudah nekad menyertai usaha PERIKATAN NASIONAL. Makin sebati dan makin serasi. Mereka lebih yakin kepada dasar dan perjuangan PAS dan PERIKATAN NASIONAL

Menjelang tengahari hari mengundi saya diberi laporan awal dari simulasi bahawa PN bakal menang dengan lebih 2000 majoriti.

Gerakan mengajak keluar mengundi diperhebatkan.

Momentum kebangkitan rakyat mula dirasakan.

PAS dan PN sekali lagi menawan tempat kelahiran PMX sendiri.

Tawaran berpuluh juta dari Zahid Hamidi telah menyebabkan lebih banyak kehilangan undi.Kedatangannya menyebabkan PH kalah lebih teruk lagi.

Rakyat sudah bersuara…

TAN SRI ANNUAR MUSA
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
HARAKAHDAILY 7/7/2024

- Advertisement -