Anak muda 19 tahun teruja kali pertama mengundi

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Zairi Hakimi Zairi Nizam, 19, antara pengundi muda yang buat julung kalinya menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Duri, hari ini.

- Advertisement -

Beliau tiba seawal jam 8:00 pagi bersama ibunya telah menunjukkan semangat tinggi untuk melakukan pembuangan undi selaku pemilih PRK N.20 DUN Sungai Bakap.

“Alhamdulillah, saya rasa lega dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Rasa teruja dapat mengundi pertama kali,” kata Zairi turut menyeru semua pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai rakyat Malaysia.

Beliau juga melahirkan aspirasi dirinya selaku anak muda yang berharap calon menang nanti dapat menunaikan tanggungjawab dan membantu rakyat terutama golongan susah di DUN ini.

“Setiap perkara yang kita buat akan disoal oleh Allah nanti,” tambahnya yang menunjukkan kehadiran pengundi muda seperti Zairi di pusat pengundian menunjukkan kepentingan dan kesedaran golongan muda terhadap tanggungjawab mereka dalam proses demokrasi. –  HARAKAHDAILY 6/7/2024

- Advertisement -