Abidin mengundi di SK Sungai Duri bersama ibu

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Abidin Ismail, tiba di tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri, di sini pada jam 8:13 pagi.

- Advertisement -

Sebelum memasuki tempat mengundi, beliau sempat beramah mesra dengan para pengundi yang hadir dan selesai membuang undi pada jam 8:20 pagi.

Para pengundi dilihat memberi laluan kepada beliau yang mesra dipanggil Abang Abidin untuk melaksanakan giliran mengundi lebih awal.

“Alhamdulillah, saya selesai mengundi di sini. Ramai sudah datang mengundi tetapi anak muda masih kurang. Mungkin ada yang bekerja hari ini, lepas selesai bekerja mereka akan datang mengundi,” kata Abidin.

Beliau juga menyeru semua pengundi untuk datang mengundi dan menunaikan tanggungjawab mereka.

Ibu calon, Che Rafeah Zakaria, 80, dalam pada itu turut mengundi di tempat yang sama di mana tiba lebih awal ditemani oleh kakak calon.

Mengenai calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Arifin, difahamkan bahawa beliau bukan pengundi dalam DUN Sungai Bakap.

“Itu saya tak tahu. Tak jumpa dia. Dia bukan pengundi di sini,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 6/7/2024

- Advertisement -