Bagaimana kami bekerja untuk angkat sektor pertanian…

- Advertisement -

PANJANG kalau hendak disenaraikan apa yang telah kami buat dalam tempoh lima tahun lepas. Bagaimana kami bekerja untuk mengangkat sektor pertanian daripada prestasi KDNK -2.5 peratus pada tahun 2018 kepada 6 peratus pada tahun 2019 dan seterusnya KDNK pertanian Terengganu catat peningkatan terbesar bagi tahun 2023 dengan menyumbang sebanyak 7.5 peratus kepada KDNK Negeri. Ianya masih rendah dari sasaran untuk menyumbang 10 peratus kepada KDNK negeri tetapi graf peningkatan menunjukkan unjuran positif setiap tahun.

- Advertisement -

KDNK sektor pertanian Terengganu 2023 juga menunjukkan peningkatan terbesar berbanding sektor lain sebanyak 7.4 peratus dengan nilai ditambah RM2.9 bilion. Sektor perlombongan dan pengkuarian meningkat 5.3 peratus, sektor perkhidmatan juga meningkat 3.1 peratus, sektor pembinaan meningkat 1.6 peratus dan sektor pembuatan meningkat 0.2 peratus.

Memartabatkan pertanian dari suatu sektor yang tidak dipandang sebelah mata kepada sektor yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan KDNK Negeri Terengganu bukanlah kerja yang boleh dituai hasil dalam masa sehari dua.

Saya senaraikan sebahagian projek-projek dan program untuk rakyat yang telah disiapkan dan yang dalam proses pelaksanaan.

1. Hub Pengembangan dan Pemprosesan Cendawan Kampung Tempinis, Besut. Projek seumpamanya yang pertama di Malaysia dengan kerjasama MOSTI.

2. Makmal Kualiti Madu Pantai Timur bersama UMT.

3. Pewartaan Pusat Pembenihan Kerapu Hibrid di Pantai Air Tawar sebagai Zon Industri Akuakultur.

4. Pemulihan kawasan sawah padi di Pengkalan Nangka, Kampung Bharu dan Tok Saboh, Besut melibatkan kira-kira 1,000 ekar kawasan sawah padi terbiar.

5. Program labuh unjam dan tukun di perairan semua daerah-daerah Terengganu dan program memperkayakan sumber perikanan.

6. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu.

7. Himpunan Lembu Sado Pantai Timur.

8. Pembukaan semula Pasar Tani Kekal Nyior 7 Besut yang terbiar sebagai Agrobazar.

9. Pemulihan Ladang Rimbunan Kaseh Rantau Abang Dungun dengan tanaman Melon Manis Terengganu.

10. Peningkatan dan naik taraf infrastruktur sawah padi di Skim Pengairan Bukit Jeruk, Gong Telikong, Gong Macang, Kepala Gajah, Gong Ubi Keling, Tempinis Besut serta Kampung Banggol, Jelapang Setiu dan lain-lain.

11. Pembinaan slipway dan cool room untuk nelayan Marang.

12. Pembinaan cool room dan jeti untuk nelayan Kampung Batin Seberang Takir.

13. Skim Bantuan Modal Tani dengan peruntukan RM5 juta setahun.

14. Tabung Bencana Pertanian dengan peruntukan RM1 juta setahun.

15. Pemutihan dan pemulihan tanah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Lebih 90 peratus tanah-tanah TKPM telah dipulihkan dan dimajukan semula.

16. Pembinaan Empangan Low Weir Kampung Che Mohid Setiu bagi membekalkan pengairan kepada 400 ekar sawah padi di Setiu.

17. Pembinaan Jeti Nelayan Kampung Geliga Kemaman.

18. Pusat Pemprosesan Susu Kambing di Jenang, Marang.

19. Program Pembangunan Hub Lembu Sado.

20. Pengeluaran Beras MyGAP Terengganu.

21. Pembukaan Kilang Padi Konsortium LPP di Baruh Masin, Besut dengan kapasiti pemprosesan 400 mt sehari.

22. Kelulusan Lesen Nelayan Sampan kepada 600 nelayan Terengganu setelah lebih 40 tahun mereka berhadapan dengan dilema isu ini.

23. Pelbagai bantuan input dan infra kepada petani, penternak dan nelayan.

24. Program perlepasan benih ikan ke perairan sungai, tasik dan kolam untuk memperkayakan sumber perikanan.

25. Pembinaan rumah tarik bot untuk nelayan Pantai Benting Lintang. Besut.

26. Pemasangan lampu limpah di Jeti Nelayan Fikri Setiu.

27. Program pemuliharaan penyu.

28. Pemulihan Projek Kelapa Matag Kubang Puyu, Langkap.

29. Pemulihan tanah sawah Skim Pengairan Jelapang Langkap seluas 700 hektar.

30. Pemulihan 8 buah projek ternakan kambing Lembah Kaprima.

31. Perumahan Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Besut, Setiu dan Kemaman.

32. Pemutihan dan pemulihan tanah rizab padang ragut serta pembangunan padang ragut rakyat.

33. Projek Jelapang Padi Fasa 2 bagi memperluaskan Jelapang Padi Negeri Terengganu dari 5,000 hektar kepada 10,000 hektar

34. Pembangunan Hub Lembu Sado.

35. Program pemulihan tanah terbiar seluas lebih 8,000 hektar.

36. Pewartaan kawasan ternakan ikan Kampung Pok Kiang dan Pengkalan Gaduh Besut sebagai Zon Industri Akuakultur.

37. Pembinaan Jeti Nelayan Losong, Kuala Terengganu.

38. Pembinaan jeti tambahan Pengkalan Nelayan Kampung Fikri.

39. Pindaan Enakmen Pemuliharaan Penyu Terengganu.

40. Menyelesaikan isu penerokaan tanah kerajaan secara haram.

41. Program melabuhkan tukun dan unjam.

42. Projek penanaman lada hitam komersial seluas 600 hektar di Lembah Bidong, Setiu kerjasama kerajaan negeri dan Syarikat Mc Cormick.

43. Kerjasama berterusan dengan agensi penguatkuasa berwajib untuk menangani isu pencerobohan perairan negeri dan penjarahan khazanah laut negeri.

44. Program Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu (GPMT) dengan pembangunan projek akuakultur, ladang napier, tapak semaian, kilang baja humus, ladang kelapa, tanaman nenas MD2, pemulihan tanah terbiar, kambing tenusu dan ternakan lembu semi fidlot.

45. Pembinaan infrastruktur jalan kebun, jalan ladang, jalan pertanian, sistem pengairan dan saliran dan lain-lain lagi.

Banyak lagi yang tidak disenaraikan dan masih banyak yang perlu dilakukan. Tiada istilah berpuas hati. – HARAKAHDAILY 5/7/2024

Penulis ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu.

- Advertisement -