Tidak perlu tubuh satu lagi badan kelola kampung

Shaharizukirnain Abd Kadir
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi mengurus dan membangunkan keselamatan kampung termasuk usaha untuk membasmi masalah kemiskinan.

- Advertisement -

Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) mempersoalkan, adakah kerajaan telah menjalankan kajian secara terperinci isu jawatankuasa itu demi kepentingan rakyat.

“Adakah wujud pertindihan dari segi fungsi dan peranan masing-masing bagi membasmi kemiskinan luar bandar di setiap negeri sebagai contoh pada Mei lalu, dilaporkan Sabah tidak berhasrat untuk melaksanakan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM).

“Oleh kerana ordinan pentadbiran luar bandar diluluskan dan institusi kampung dimuktamadkan melalui JPKK yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri, maka tidak wujud keperluan untuk menubuhkan satu lagi badan yang mengelola kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, berkata fungsi dan peranan oleh JKDM dan JPKK tidak bertindih.

Rubiah berkata, JPKK atau JPKK Persekutuan (JPKKP) berperanan untuk mengurus dan mentadbir kampung, manakala JKDM menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan di kampung tersebut. – HARAKAHDAILY 4/7/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -