Sasaran program ADi perlu pantas

Nurul Amin Hamid
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyatakan langkah strategi bagi pelaksanaan program Akademi Dalam Industri (ADi) agar boleh tercapai sasaran dengan kadar yang cepat.

- Advertisement -

Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) berkata, program ADi terima permohonan seramai 16,150 orang, manakala yang berjaya ditempatkan di industri itu hanya seramai 2,924 orang sahaja.

“Seterusnya, sejauh manakah penyertaan anak-anak muda daripada kampung yang terdiri daripada golongan miskin tegar seperti anak ibu tunggal dan orang-orang susah ini terhadap program ini?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Ekonomi, Dato’ Hanifah Hajar Taib, berkata kementeriannya mendapati terdapat kekangan dan cabaran utama dalam pelaksanaan program yang disebabkan beberapa faktor.

Menurutnya, kerajaan merangka strategi transformasi yang memerlukan kerjasama kukuh daripada kementerian dan agensi yang terlibat dengan program pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi memaksimumkan keberkesanan program. – HARAKAHDAILY 4/7/2024

- Advertisement -