Pusat pemulihan: Tidak masuk akal denda RM500,000

Nurul Amin Hamid
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Denda RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun terhadap pusat pemulihan persendirian tidak berdaftar dianggap tidak masuk akal.

- Advertisement -

Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) pula berkata, hukuman tersebut merupakan antara perkara yang dicadangkan kerajaan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.

Katanya pindaan seksyen 16 bagi menambah baik peruntukan itu memberi kuasa penuh kepada menteri untuk melulus atau membatalkan pendaftaran institusi itu.

“Seksyen 16 iaitu denda RM500,000 kepada pusat pemulihan dadah yang tidak berdaftar… kenapa denda RM500,000 dikenakan kepada pengusaha pusat pemulihan dadah.

“Sedangkan kerajaan boleh mengadakan usaha-usaha memberi konsultasi atau panduan memudah cara kepada pusat pemulihan persendirian daripada dikenakan denda RM500,000,” katanya ketika membahas RUU tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun beliau turut menyambut baik hasrat kebanyakan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang untuk menangguhkan RUU terbabit. – HARAKAHDAILY 4/7/2024

- Advertisement -