Oliver Bearman sertai pasukan Haas

Oliver Bearman (FOTO: AP News)
- Advertisement -

LONDON: Pemandu Formula 1 (F1) yang berusia 19 tahun, Oliver Bearman telah menandatangani kontrak bagi menjadi pemandu utama pasukan Haas bermula pada musim hadapan, sekaligus menjadikannya pemandu Britain keempat dalam sukan permotoran itu.

Bearman sebelum ini mengejutkan para peminat F1 apabila menduduki tempat ketujuh pada penampilan sulungnya bagi pasukan Ferrari pada perlumbaan Grand Prix Arab Saudi tahun ini, telah menandatangani apa yang disebut Haas sebagai ‘kontrak berbilang tahun’, lapor Sky Sports. 

- Advertisement -

“Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata betapa bermaknanya ini kepada saya. Untuk menyatakan dengan lantang bahawa saya akan menjadi pemandu F1 untuk Haas membuatkan saya sangat bangga.

“Untuk menjadi salah satu daripada segelintir orang yang dapat melakukan perkara yang mereka impikan sejak kecil adalah sesuatu yang benar-benar luar biasa,” katanya.

Sementara itu, Prinsipal Pasukan Haas, Ayao Komatsu berkata, ia merupakan satu perkara yang menarik untuk dapat memberikan pemandu muda yang berbakat seperti Oliver Bearman tempat duduk sepenuh masa pertamanya dalam F1.

“Dia berkembang menjadi pemandu yang sangat matang di bawah bimbingan Akademi Pemandu Scuderia Ferrari dan dunia melihatnya sendiri apabila dia dipanggil pada saat akhir untuk bersaing di perlumbaan Grand Prix Arab Saudi,” katanya.

Bearman yang telah menjadi ahli akademi pemandu Ferrari sejak 2021, akan menyertai Lewis Hamilton, George Russell dan Lando Norris bagi merangkumi 20 peratus daripada pemandu F1 yang berasal dari Britain bagi musim depan. -Agensi/– HARAKAHDAILY 4/7/2024

- Advertisement -