Masih ramai penagih berdepan kes berulang

Dato' Che Mohamad Zulkifly Jusoh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sejauh mana kerajaan melaksanakan kajian bagi mengukur keberkesanan pusat pemulihan dadah memandangkan masih ramai berdepan dengan kes berulang.

- Advertisement -

Dato’ Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) berkata, daripada 137,000 penagih yang dikenal pasti, terdapat 89,000 individu mengikuti program pemulihan dan 25,000 menerima rawatan lebih daripada dua kali.

Katanya, masalah tersebut tidak diberi perhatian kerajaan walaupun melakukan reformasi penjara dan pusat tahanan dengan menukar penjara kepada pemulihan dadah.

“Saya sangsi dengan usaha kerajaan melaksanakan pendekatan ‘nyah jenayah’ dengan melakukan rawatan melalui perubatan berbanding hukuman penjara sebagaimana dibuat di negara maju lain.

“Konsep itu dilakukan kerana masalah kesesakan penagih dadah di penjara negara ini yang semakin meruncing,” katanya ketika merbahas RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat hari ini. – HARAKAHDAILY 4/7/2024