Kekuatan kuasa politik boleh ubah nasib penduduk

- Advertisement -

KOTA BHARU: Petugas pilihan raya Dewan Muslimat PAS Kelantan merasai sendiri kebangkitan pengundi di DUN Sungai Bakap bagi mempertahankan kemenangan PERIKATAN NASIONAL (PN).

- Advertisement -

Ketuanya, Dato’ Siti Zailah Mohd YusofF berkata, peningkatan kos sara hidup ekoran kenaikan diesel disuarakan rakyat di Sungai Bakap tanpa sembunyi lagi.

Katanya, isu tersebut benar-benar menggerunkan PH-BN kerana peningkatan harga barangan keperluan harian yang tidak mampu dibendung lagi.

“Sokongan rata-rata pengundi nampaknya lebih memihak pada PN. Penduduk juga memberitahu mereka sudah serik dengan janji pemimpin PH yang tidak serupa bikin selepas mendapat kuasa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya juga petugas Pilihan Raya Dewan Muslimat Kelantan sejak awal membantu kempen calon PN, Abidin Ismail di DUN Sungai Bakap.

Kata Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang jentera PN di Sungai Bakap tidak pernah patah semangat berkempen biarpun calon BN dibantu jentera kerajaan negeri dan Pusat.

“Hanya dengan ada kekuatan kuasa politik sahaja boleh mengubah nasib penduduk di Pulau Pinang pada masa akan datang.

“Oleh itu kami berharap pengundi DUN Sungai Bakap keluar beramai-ramai pada Sabtu ini dengan mengekalkan kemenangan PN bagi melebarkan kuasa politik orang Melayu di negeri yang dikuasai DAP,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/7/2024

- Advertisement -