11 maut akibat virus West Nile di Israel

- Advertisement -

BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa kesihatan Israel pada Khamis mengesahkan 11 orang setakat ini meninggal dunia akibat penyakit virus West Nile yang berjangkit.

Kementerian Kesihatan negara haram itu dalam kenyataannya berkata, 153 pesakit telah didiagnosis dengan demam West Nile dalam wabak yang berterusan, kebanyakannya adalah dari wilayah tengah.

- Advertisement -

Pihak berkuasa juga menggesa pegawai tempatan untuk memperhebatkan usaha pemantauan dan pembasmian nyamuk, menekankan kepentingan kesedaran awam dan langkah pencegahan, lapor Anadolu Agency.

Virus ini disebarkan kepada manusia melalui nyamuk yang memakan burung yang dijangkiti. Gejala termasuk demam, sakit kepala, letih, dan sakit badan, loya dan muntah.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perlindungan Alam Sekitar negara haram itu dalam satu kenyataan bersama pada Rabu berkata, nyamuk yang dijangkiti virus West Nile telah dikesan di kawasan metropolitan Tel Aviv, bandar peranginan Laut Merah Eilat, dan kawasan lain.

Nyamuk yang dijangkiti juga ditemui di bandar Mediterranean Tel Aviv, bandar Herzliya, Petah Tikva dan Kiryat Ono yang berdekatan, kampung berhampiran bandar pesisir pantai Netanya, dan di Eilat dan Majlis Wilayah Hevel Eilot yang berdekatan di selatan Israel.

Pengesanan itu dibuat di tengah-tengah wabak kes jangkitan di Israel, dengan lapan kematian pertama akibat demam West Nile dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan, daripada 153 orang yang dijangkiti penyakit itu sejak awal Mei.

Susulan pengesanan terbaharu itu, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar Israel mengarahkan pihak berkuasa tempatan yang terlibat meningkatkan usaha pemantauan dan pemusnahan, dan sekali lagi menyeru orang ramai melindungi diri daripada nyamuk. -Agensi/– HARAKAHDAILY 4/7/2024

- Advertisement -